Pages

Friday, May 7, 2010

Mashi- Sharing ♥

+Fakta yang dilaporkan oleh Japan Times,setiap tahun seramai lebih kurang 1800 lelaki ditahan kerana meraba-raba bahagian sulit wanita.Pada tahun 2004 saja, kajian ke atas wanita berumur 20-an hingga 30an dan sebanyak 64 % meyatakan mereka diraba di dalam tren.+Lelaki yang suka meraba disebut "chikan" dalam bahasa Jepun. Mangsa cuma 2% orang saja yang membuat laporan polis. Pada tahun 2008 jumlah lelaki meraba bertambah lagi iaitu 2416 kes di Tokyo, Kanagawa, Chiba dan Saitama.
+Apa yang lebih menarik,di Jepun telah wujud satu laman web yang berkongsi cara dan pendapat bagaimana cara untuk meraba dan melepaskan diri dari ditangkap ataupun kantoi semasa meraba.+Laman web itu berupa perbincangan dan online chat room berkongsi cara-cara meraba.Jepun ada gerabak khas buat wanita saja yang tak dibenarkan untuk penumpang lelaki.

++ itu citer psl jepun.. ini citer psl Malaysia lak

+Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.

+Pengguna wanita tidak diwajibkan menggunakan Koc Wanita sahaja ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Mereka boleh memilih samaada untuk menggunakan Koc Wanita atau koc biasa. Sementelah kemudahan disediakan, KTM Berhad menggalakkan pengguna wanita untuk mencuba kemudahan Koc Wanita ini.

+Pihak KTM Komuter memohon kerjasama orang ramai agar menghebahkan/mengwar-warkan kewujudan Koc Wanita ini kepada para pengguna yang lain dan berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan pengenalan koc ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.


cdt:ygmenarik.blogspot + transitmy.org

No comments: