Pages

Sunday, July 11, 2010

Fact- 4


1. Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.
2. Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.
3. Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E
manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.
4. Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat
Amerika Syarikat mati tercekik.
5. Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.
6. Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.
7. Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.
8. Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.
9. Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.
10. Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

11. Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.
*ye..itu jam-chan kesayangan toma-cdt to mizza*
12. Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.
13. Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi. *kalo epal cmni mmgla*
14. Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
15. Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.
16. Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.
17. Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
18. Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.
19. Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.
20. Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
21. Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksigen yang disedut semasa berehar atau tidur.
22. Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
23. Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100
juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.
24. Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari
England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
25. Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar.
26. Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap. *owg nih die cube wat World Record*
27. Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.
28. Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
29. Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.
30. Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.

2 comments:

anonymous said...

kyaaa~~ jam-chan kawaii..

マシトマ said...

she's kawaii ne- like her owner ;p