1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.[maknanye byk la buih kt sendiku]
2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud ‘tidak’[hai!]
4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
6. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
8. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
9. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
10. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
11. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
12. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
15. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
16. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
17. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
18. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
19. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
20. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
21. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.[ku kidal so? T_T]
22. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya. [with Toma-kun je]
23. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
24. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. [eh? yeke]
25. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
26. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
27. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.[Asia, Afrika, Amerika, Australia *lagi?*]
28. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
29. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.[hoh?]
30. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
No comments:
Post a Comment